Zainuddin's FotoPage
ZAG
By: Zainuddin Abd Goyoh

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Monday, 18-Aug-2008 04:19 Email | Share | | Bookmark
Kucing Kampung

relax
sedia berlepas
Kucing Kampung. Relax, bersahaja, bebas. Stress free. Berbanding dengan Kucing Gred A yang terkurung dalam kandang keselamatan, makan ikut jadual, jarang memijak rumput. Semuanya bergantung kpd persepsi empunya binatang kesayangan (pets).

Manusia pula bagaimana? Adakah kehidupan anda dipenuhi dengan aktiviti yang rutin? Rumah hanya satu persinggahan untuk melelapkan mata? Atau syurga kebahagiaan bersama keluarga tercinta. Jika kehidupan menjadi satu rutin, semuanya kelihatan normal dan sedikit mekanikal. Seperti auto pilot, anda boleh melakukan banyak perkara yang sama tanpa perlu berfikir panjang seperti memasang butang baju atau brooch, memandu kereta ke tempat kerja tanpa memerlukan bantuan peta, automatik memegang anak kunci tanpa perlu memeriksa detail (kecuali anak kunci segenggam) semuanya kelihatan biasa dan anda berasa selesa.

Namun, apakah pencapaian anda hari ini lebih baik daripada hari semalam? atau semuanya sama sahaja? Yang penting gaji diterima hujung bulan untuk berbelanja dan membayar hutang kad kredit dan duit dapur. Selepas itu?.... Ya, hidup kembali automatik tapi sampai bila? setiap hari, minggu, bulan, tahun depan?

Hidup perlu perubahan. Anda perlu berani membuat perubahan.CHANGE IS POSITIVE. Ubahlah ke arah kebaikan, ubahlah ke arah penambahbaikan, ubahlah persekitaran anda, ubahlah diri anda. Upgrade ilmu pengetahuan, sumbangkanlah "kelebihan" anda kepada anggota masyarakat yang memerlukan kepakaran/bantuan anda. Ketahuilah anda punya kelebihan, cuma anda hidup sedikit mekanikal dan rutin. Bukalah kotak minda dan persepsi anda. Kita keluar daripada kebiasaan, Bermula dengan perubahan minda. Bebaskan minda kita. Bebas daripada pemikiran sempit dan bukalah tingkap kreativiti. Terokailah ruang dan masa yang belum kita jelajahi. Jangan dibebani oleh halangan fizikal dan mental. Bergeraklah ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat, untuk kebaikan semua umat manusia dan alam yang sejagat.

Kucing Kampung? Kucing Gred A? Rutin? Perubahan? Fizikal? Minda? Apa fikiran anda? ZAG


Saturday, 16-Aug-2008 13:50 Email | Share | | Bookmark
My First Olympus Floral Pictures

Fokus cantik
Cantik serumpun
Cantik di makan kumbang
View all 12 photos...
Percubaan menggunakan Olympus e-510 tanpa menggunakan lense magnifier? Gambar di ambil di halaman rumah mentua.


Saturday, 16-Aug-2008 12:53 Email | Share | | Bookmark
Pantai Bak-Bak Kudat, Sabah, Malaysia

 
 
 
View all 6 photos...
Another place of interest in Kudat district is the Bak-Bak Beach. Please view these scenic photos and give your comment


Saturday, 16-Aug-2008 12:22 Email | Share | | Bookmark
Kota Kinabalu Wetland

 
 
 
View all 6 photos...
If you are a nature lover, don't forget to visit Kota Kinabalu Wetland located 5 kilometers from Kota Kinabalu City. Attached herewith are the selected few pictures includings its flora and fauna.


Saturday, 16-Aug-2008 10:43 Email | Share | | Bookmark
Simpang Mengayau, Tip Of Borneo, Kudat, Sabah, Malaysia

 
 
 
View all 18 photos...
Pernah dengar tempat Tip of Borneo? Cuba bayangkan peta negeri Sabah. Bayangkan hujung utara sabah? Yes, itulah Tip of Borneo. Pasirnya bersih, halus n putih.


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net